Friday, May 22

Hastag Pendapat : Sakit Hati ?

Assalamualaikum w.b.t


Sakit hati?

Ya semua orang pernah sakit hati kan lumrah la sebab tu perasaan yang semua orang akan rasa. Tapi kalau setiap kali berlaku pun tak bagus juga kan sebab dia akan menimbulkan lagi satu perasaan yang dipanggil stress.

Sebenarnya kawan dayg jenis yang macam ni tau. Dayg bukan nak buka aib dia dekat sini tapi dia kata nak minta pendapat so dia suruh dayg share her problem dekat sini. Dia selalu meluah tau dekat dayg pasal masalah dia tapi selalunya masalah dia ni selalu berkaitan pasal keluarga dia.

Kisah dia macam ni sebelum tu kita gelar dia si A lah. Si A ni selalu cakap dia letih dengar mak dia membebel benda yang sama setiap kali dia balik asrama. Jenis dia ni yang dia akan buat benda tu tapi lambat. Macam dia pesan dekat hati

" oh, nanti lah aku lipat kain ni aku nak rehat jap "
" lepas aku dari tandas la baru cuci pinggan ni "

Si A dalam otak selalu akan cakap kejap, nantilah, kemudianlah. Jadi lepas kononnya dia bermonolog sendiri tu mak dia confirm akan tegur

" Ni kenapa belum lipat kain ni huh? anak dara jenis apa macam ni, macam mana kalau dah kawin nanti? "

" Sepatutnya lepas makan tu anak dara yang paling lambat keluar dari dapur tau, dia yang akan lap meja, cuci pinggan mangkuk, sapu lantai ni "

Kira macam tu la, lepas tu si A ni jenis kalau dah kena tegur banyak kali dia akan merajuk tau terus tak nak buat. Biar la orang tu membebel bagai nak rak dia tetap tak akan buat sebab si A cakap kadang-kadang mak dia tegur menyakitkan hati dia sampai dia rasa dia ni pembantu rumah. ha si A meluah kat dayg sampai macam tu sekali tau. Pastu belum lagi adik(perempuan) si A menyampuk

" anak dara pemalas! "
" cepatlah kemas dekat dapur tu sebelum mak balik, pemalasnya "

Si A cakap adik dia ni jenis yang cakap main lepas tau dia menyindir gitu ah tapi dia tak tahu kadang-kadang kata-kata adik dia ni membuatkan si A menangis tengah malam atau setiap kali terfikir. Si A cakap benda ni selalu je berlaku setiap kali balik asrama jadi dia nak minta pendapat korang semua.

So apa macam?






10 comments:

  1. faham jugak perasaan si A tu jugak sebenarnya. macam bila dah terfikir nak buat something, pastu tetiba ada orang lain datang dah suruh buat benda yang kita MEMANG nak buat tu. terus rasa annoyed dan taknak buat kan. haha. pesan kat dia, supaya bersabar jer dan ikut cakap mak. tapi kalau nak melawan balik dekat adik tu boleh kut. herher.

    ReplyDelete
  2. Follower ke #200, Follow back blog aku ya http://typepedia.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. Hi Dayang. Tahniah sebab Dayang seorang kawan yang baik yang sudi dengar masalah kawan Dayang kan? :)
    Okay, bagi Fara macam ni lah, nasihat kat kawan Dayang supaya dengar je nasihat ibu dia. Biasa lah mak2 suka membebel. Tujuan ibu membebel tu bukanlah sebab dia membenci kita, apatah lagi nak anggap kita macam orang gaji, memang bukan macam tu. Jadi sebagai anak, tanggungjawab kita untuk membantu ibu. Kena ringankan tulang, jadikan kerja rumah tu sebagai rutin, dan jangan rasa itu satu beban atau anggap mak kita sengaja nak susahkan kita. Memang hari ni kita rasa mak kita ni asyik membebel je, tak sayang kita ke apa? Tapi satu masa nanti kita akan sedar kenapa mak kita selalu pesan benda2 ni. Sebab nak bagi kita terbiasa buat kerja rumah. Baru lah kita jadi seorang yg berdikari, senang mak nak lepas kan kita kerja atau belajar jauh2, dan boleh lah jadi isteri yang baik nanti.
    Bab adiknya pula, tak perlu lah berkecil hati dengan orang yang lagi muda dari kita, dah tentu2 dia tak matang kan. Buat tak tau sudah lah :) Goodluck

    ReplyDelete
  4. hehee dayang . biasalah tu kann .masalah semua anak anak kt dunia ni .memang sepatutnya tugas kita sbg anak kena ikut cakap parents . so dayang nasihatkan kwn dayang supaya latih hati jangan merungut . sbb nanti apa yang kita buat dgn hati yg tk ikhlas takkan berkat . tambah pulak yang menyuruh tu mak sendiri kan . itu jelah yang boleh saya cadangkan :)

    ReplyDelete
  5. Hi . hihi . Bagi akak , eh akak la sgt tua setahun je , akak la juga eh . hahha . Bagi akak sbg anak kita dengar je la cakap parents sebab dorang selalu nak yg terbaik untuk kita . Then kena tegur tu biasa la kan tp yeah mmg stress juga dibuatnya kalau asyik kena marah je tapi kalau taknak kena marah kita buat je la apa yg depa suruh hihi tak susah pun depa tak suruh kita kerja pun , dengar je cakap depa na . hihi . Sorry kalau tak setuju , :') pendapat akak je eh dayang ;)

    ReplyDelete
  6. bagi saya, buat je semua awal2 supaya tak kena bebel kemudian. bak kata pepatah "Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian" Ehe.

    ReplyDelete
  7. Hai.Akk pun tak tau nak cakap macam mna.Tapi sebagai anak,kita kena la selalu dengar cakap org tua.Bab di suruh buat kerja tu sebolehnya perkataan " nanti" atau " kemudian" buang jauh2.Kalau di suruh sebaiknya buat terus jika pada masa itu kita memang x buat apa2.Bab adik tu,kita sebagai kakak atau org yg lebih matang tak perlu la layan adik tu.She just adik.Dia tak matang lagi..So,sentiasa berfikiran matang..Chilax gurl..

    ReplyDelete
  8. Hi sorry late response dayang! hehe

    bg saya, benda biasa problem mcm tu cuma mungkin kita yg usia tak matang lg akan cepat sentap dan merajuk sbb emosi tak brp nak stabil. InsyaAllah bila besar nnt, kita akan rasa rupanya mak sayang aku dan aku yg tak patut blabla..buat masa skrg, mungkin A patut keluarkan monolog tu supaya jd dialog supaya mak dan adik dia lebih faham kut. kalau still takfaham, buat dunno and buat buat tak dgr je, kalau dgr pun imagine lah mcm tak dgr hahaha

    ReplyDelete

Kata-kata itu satu doa.