Sunday, December 21

Tak boleh makan daging ?!

Assalamualaikum w.b.t

credit : Google


Ye, dayg tahu hiperbola je tajuk tu hahaha tapi ni betul tau dayg tak boleh makan daging tak kisah la daging lembu, kerbau,  arnab, angsa dan sebagainya tapi dayg memang tak boleh makan daging sebab asal dayg makan je letak dalam mulut kunyah dua tiga kali dah muntah balik sebabnya dayg geli yang amat.

Yes, geli -_-

Sebabnya dayg trauma. masa kecik-kecik dulu biasalah kan semuanya aktiviti nak ikut main kasi redah je walaupun aktiviti orang tua-tua. So, dayg ingat lagi masa tu umur budak-budak sekolah rendah la tahun 3 kut kalau tak silap. Bagi orang Islam kan kita akan sambut Hari Raya AidilAdha kan dan hari raya ni pasti akan melibatkan binatang yang akan kena sembelih.

Ya Allah, masa tu bukan main bahagianya dayg sebab tengok kerbau depan-depan (aip jangan ketawa sekeh kang kepala!) sebab budak lagi kan. Masa tu depan surau perumahan dayg, jadi macam jakun ah sekejap sebab dalam kepala eh kenapa ada binatang depan surau? ramai orang pulak tu. Masa tu datang dengan ayah pula jadi mestilah para lelaki ni yang terlibat kan.

Tapi lepas tu dayg tak ingat dah apa yang dayg buat sampai boleh terpegi kat area penyembelihan tu. Sampai je tengok darah kerbau tu dah memancut kepala dia dah takda dan paling dayg ingat sangat-sangat mata kerbau tu ha kena korek then kena letak atas something tapi mata kerbau tu tengok dayg. ohmaigad! terus macam ueww aku memang tak akan makan kau lagi.

Jadi setiap kali Hari Raya AidilAdha dayg adalah orang yang paling berlapar sekali sebab tak makan semua atas meja lauk dia orang hidang daging aje. sedihya hahahahaha sama gak kalau ada kenduri kawen orang kalau ada daging ngan sayur je dayg akan makan nasi ngan sayur je.

Tapi tu kira ok lagi tauuuuuu

Ada satu hari masa dekat hostel (tingkatan 3) tak silap masa makan tengah hari mak cik dewan makan sediakan daging masak kicap je, takde sayur. Masa tu dalam fikiran nak makan ke taknak tapi perut lapar sebab baru balik sekolah jadi dayg ambik je minta kuah lebih sikit. eleh konon nak makan tapi jangan harap! dayg terus bagi kawan dayg siapa yang nak daging lebih jadi dayg makan nasi berkuahkan kuah daging masak kicap.

menyedihkan tapi dayg bersyukur sebab masih lagi ada nasi hahahahaha kadang-kadang teringin juga nak makan daging dayg selalu tanya ibu " sedap ke daging tu? " " angguk " derita perut dayg dengar

lepas tu ada orang tegur (tak ingat siapa) dia cakap



" macam mana kalau dah kawen nanti laki anak kau suka daging? "

Sentap! dayg tak tahu nak jawab apa. tu je hahahahahahaha