Sunday, December 21

Tak boleh makan daging ?!

Assalamualaikum w.b.t

credit : Google


Ye, dayg tahu hiperbola je tajuk tu hahaha tapi ni betul tau dayg tak boleh makan daging tak kisah la daging lembu, kerbau,  arnab, angsa dan sebagainya tapi dayg memang tak boleh makan daging sebab asal dayg makan je letak dalam mulut kunyah dua tiga kali dah muntah balik sebabnya dayg geli yang amat.

Yes, geli -_-

Sebabnya dayg trauma. masa kecik-kecik dulu biasalah kan semuanya aktiviti nak ikut main kasi redah je walaupun aktiviti orang tua-tua. So, dayg ingat lagi masa tu umur budak-budak sekolah rendah la tahun 3 kut kalau tak silap. Bagi orang Islam kan kita akan sambut Hari Raya AidilAdha kan dan hari raya ni pasti akan melibatkan binatang yang akan kena sembelih.

Ya Allah, masa tu bukan main bahagianya dayg sebab tengok kerbau depan-depan (aip jangan ketawa sekeh kang kepala!) sebab budak lagi kan. Masa tu depan surau perumahan dayg, jadi macam jakun ah sekejap sebab dalam kepala eh kenapa ada binatang depan surau? ramai orang pulak tu. Masa tu datang dengan ayah pula jadi mestilah para lelaki ni yang terlibat kan.

Tapi lepas tu dayg tak ingat dah apa yang dayg buat sampai boleh terpegi kat area penyembelihan tu. Sampai je tengok darah kerbau tu dah memancut kepala dia dah takda dan paling dayg ingat sangat-sangat mata kerbau tu ha kena korek then kena letak atas something tapi mata kerbau tu tengok dayg. ohmaigad! terus macam ueww aku memang tak akan makan kau lagi.

Jadi setiap kali Hari Raya AidilAdha dayg adalah orang yang paling berlapar sekali sebab tak makan semua atas meja lauk dia orang hidang daging aje. sedihya hahahahaha sama gak kalau ada kenduri kawen orang kalau ada daging ngan sayur je dayg akan makan nasi ngan sayur je.

Tapi tu kira ok lagi tauuuuuu

Ada satu hari masa dekat hostel (tingkatan 3) tak silap masa makan tengah hari mak cik dewan makan sediakan daging masak kicap je, takde sayur. Masa tu dalam fikiran nak makan ke taknak tapi perut lapar sebab baru balik sekolah jadi dayg ambik je minta kuah lebih sikit. eleh konon nak makan tapi jangan harap! dayg terus bagi kawan dayg siapa yang nak daging lebih jadi dayg makan nasi berkuahkan kuah daging masak kicap.

menyedihkan tapi dayg bersyukur sebab masih lagi ada nasi hahahahaha kadang-kadang teringin juga nak makan daging dayg selalu tanya ibu " sedap ke daging tu? " " angguk " derita perut dayg dengar

lepas tu ada orang tegur (tak ingat siapa) dia cakap



" macam mana kalau dah kawen nanti laki anak kau suka daging? "

Sentap! dayg tak tahu nak jawab apa. tu je hahahahahahaha


Sunday, October 19

Permohonan Kemasukan Ke Kolej Vokasional sesi 2015

19/10/2014
Assalamualaikum reader (s)

Kalau kita lepas menghadapi ujian besar macam UPSR, PMR, PT3, SPM, STPM dan sebagainya mesti kita ada buat satu permohonan kan kan kan ? *Kalau korang perasan jugak hihi*

Jadi memandangkan budak pt3 pun baru je abis ujian hari tu *tak ingat bila lol* mesti ada yang berfikir nak sambung tingkatan 4 ke, mrsm, asrama penuh ke ataupun masuk kolej vokasional. So tanpa membuang masa korang untuk membaca sebelum Dayg taip yang mencarut hahaha  Dayg nak share apa-apa yang patut sekiranya junior-junior Dayg ni nak mohon kolej vokasional macam Dayg sendiri. Tengok gambar kat bawah tau :')


Sunday, October 12

Belajar Jauh-Jauh

12/10/2014
Assalamualaikum reader(s)



Hai , lama tak dengar cerita dari Dayg kan. Dayg sibuk tahun ni sangat-sangat sebab first time belajar kat tempat orang. Dari Sarawak - Sabah. kalau kat tempat Dayg (limbang) taklah jauh sangat berbanding kuching boleh lagi naik kereta taklah kebas mana-mana yang patut hahaha sebenarnya Dayg nak buat satu entry pasal pengalaman sekolah jauh and sistem pembelajaran yang baru sebab Dayg sekarang dah jadi budak Kolej Vokasional bukan Sekolah Menengah lagi. And 2weeks akan datang Dayg ada exam semester 2 doakan yang terbaik k! Maksehhh

p/s : semester 1 dapat pointer 3.77 alhamdulillah

Thursday, May 1

Hello May!

01/05/2014
Assalamualaikum reader(s)




masuk bulan baru dah. dayg tak perasan, tup tap tup tap dah nak habis semester 1 . doakan dayg semoga dipermudahkan urusan tau . amin ya rabbal alamin :')


Saturday, January 4

Prinsip Perakaunan or ICT ?

04/01/2014
Assalamualaikum reader(s)




Holla holla :') hikhik lama Dayg tak update , biasalah musim persekolahan dah tiba so no lappy 24/7 again . Tahun ni Dayg masuk tingkatan 4 jadi Dayg mesti pilih course apa yang Dayg perlu ambik . Kalau mengikut result pmr Dayg 2A5B1C , sekolah masukkan Dayg ke kelas 4C , jadi pelajar kelas tersebut diwajibkan mengambil antara course prinsip perakaunan atau ICT . hmmm

Jadi  nak pilih apa ni ? sobssobs , Dayg tak suka kira-kira and Dayg tak suka ambik tahu pasal benda dalam lappy , micro chip ? microwave ? ram ? hardisk ? haha tapi alhamdulillah maths dapat B . Jadi Dayg ambik akaun dahlah kelas Dayg ada ekonomi asas main kira-kira jugak :'( apalah nasib . Tapi Dayg ada mohon Kolej Teknik di Sabah area Likas mudah-mudahan dapatlah tu pun Dayg mesti ambik course kesetiausahaan yang ni Dayg suka and perdagangan yang ni tak suka harhar . kira-kira jugakkk . So keputusan permohonan keluar minggu depan semoga Dayg dapatlah , amin :D

Lagi satu , siapa yang rajin komen entry Dayg dulu-dulu tu , sorry kalau tak reply , Dayg memang buzy time sekolah dahlah kelas Dayg atas sekali tingkat 3 -_- tak lama kurus. Jadi Dayg akan usahakan jugak membalas komen anda ye :*

Nota pink : Sesiapa yang ada pengalaman ambik akaun atau ICT tu share-share lah dengan Dayg :)

Wednesday, January 1

Rezeki Tahun Baru ♥

01/01/2014
Assalamualaikum reader(s)

So tak terlambat lagi kan kalau Dayg nak ucapkan Happy New Year!! haha Dayg nak minta maaflah kalau selama Dayg berblogging ada menyakitkan hati korang mahupun sengaja atau tidak , Dayg tak berniat nak sakitkan hati korang dalam tak sedar . maafkan ye ? Dayg doakan sempena tahun baru ni rezeki korang makin bertambah , success dunia akhirat , amin .


by the way Dayg rasa tak sangka jugak follower Dayg dah sampai 3 angka maksudnya dah dapat 100 hehe . walaupun Dayg takdalah lama sangat dalam dunia blogging . Dayg join blog pun 12/12/13 , tak lamakan . thank you la sebab selalu singgah menyinggah kat blog Dayg yang tak seberapa ni , always support me k .
Jangan lupa doakan jugak semoga Dayg dapat tawaran ke Kolej Teknik , Likas di Sabah . amin ♥ 

nota pink : Dayg dah tua :'( 16 years old