Tuesday, December 15

Menyendiri lagi

Assalamualaikum w.b.t



hai people? lamanya dayg tak jumpa korang (emoji menangis) sumpah rindu nak blogging macam dulu wey hmm sorrylah sangat-sangat kalau ada sesetengah silent readers dayg menantikan ke-update-an entry baru (padahal takde perasan je lebih hahaha) ok move on.

Sebenarnya tahun ni tahun yang sangat buzy sepanjang dayg hidup (ecewah ayat mintak penampar guna lagi meja) sebabnya dayg dah nak menjadi student pra-diploma bagi keluaran Kolej Vokasional. So kiranya dayg tak ambik SPM tau (ulang suara SPM) tapi pelajar vokasional diwajibkan mengambil subjek Bahasa Melayu SPM sahaja. Nanti bila sijil keluar subjek bm jelah (hahaha sedih) takdelah kitaorang kena bagi dua sijil iaitu Sijil Bahasa Melayu SPM dan Sijil Kemahiran Vokasioanal Malaysia yang telah diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) nanti-nantilah dayg cerita lebih terperinci ek hehehe

Actually dah tersasar cerita dayg ni hahaha sebenarnya nak bagitahu yang dayg mungkin tak berapa nak update sangat dah blog ni tapi still jenguk-jenguk juga, dayg lebih aktif dekat twitter and tumblr sekarang so kalau nak keep in touch dengan dayg follow lah dekat dua-dua tu ye.