Sunday, December 21

Tak boleh makan daging ?!

Assalamualaikum w.b.t

credit : Google


Ye, dayg tahu hiperbola je tajuk tu hahaha tapi ni betul tau dayg tak boleh makan daging tak kisah la daging lembu, kerbau,  arnab, angsa dan sebagainya tapi dayg memang tak boleh makan daging sebab asal dayg makan je letak dalam mulut kunyah dua tiga kali dah muntah balik sebabnya dayg geli yang amat.

Yes, geli -_-

Sebabnya dayg trauma. masa kecik-kecik dulu biasalah kan semuanya aktiviti nak ikut main kasi redah je walaupun aktiviti orang tua-tua. So, dayg ingat lagi masa tu umur budak-budak sekolah rendah la tahun 3 kut kalau tak silap. Bagi orang Islam kan kita akan sambut Hari Raya AidilAdha kan dan hari raya ni pasti akan melibatkan binatang yang akan kena sembelih.

Ya Allah, masa tu bukan main bahagianya dayg sebab tengok kerbau depan-depan (aip jangan ketawa sekeh kang kepala!) sebab budak lagi kan. Masa tu depan surau perumahan dayg, jadi macam jakun ah sekejap sebab dalam kepala eh kenapa ada binatang depan surau? ramai orang pulak tu. Masa tu datang dengan ayah pula jadi mestilah para lelaki ni yang terlibat kan.

Tapi lepas tu dayg tak ingat dah apa yang dayg buat sampai boleh terpegi kat area penyembelihan tu. Sampai je tengok darah kerbau tu dah memancut kepala dia dah takda dan paling dayg ingat sangat-sangat mata kerbau tu ha kena korek then kena letak atas something tapi mata kerbau tu tengok dayg. ohmaigad! terus macam ueww aku memang tak akan makan kau lagi.

Jadi setiap kali Hari Raya AidilAdha dayg adalah orang yang paling berlapar sekali sebab tak makan semua atas meja lauk dia orang hidang daging aje. sedihya hahahahaha sama gak kalau ada kenduri kawen orang kalau ada daging ngan sayur je dayg akan makan nasi ngan sayur je.

Tapi tu kira ok lagi tauuuuuu

Ada satu hari masa dekat hostel (tingkatan 3) tak silap masa makan tengah hari mak cik dewan makan sediakan daging masak kicap je, takde sayur. Masa tu dalam fikiran nak makan ke taknak tapi perut lapar sebab baru balik sekolah jadi dayg ambik je minta kuah lebih sikit. eleh konon nak makan tapi jangan harap! dayg terus bagi kawan dayg siapa yang nak daging lebih jadi dayg makan nasi berkuahkan kuah daging masak kicap.

menyedihkan tapi dayg bersyukur sebab masih lagi ada nasi hahahahaha kadang-kadang teringin juga nak makan daging dayg selalu tanya ibu " sedap ke daging tu? " " angguk " derita perut dayg dengar

lepas tu ada orang tegur (tak ingat siapa) dia cakap



" macam mana kalau dah kawen nanti laki anak kau suka daging? "

Sentap! dayg tak tahu nak jawab apa. tu je hahahahahahaha


23 comments:

  1. ada member yg tak leh makan nasi..lagi sedih.. heehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm rupanya ada lagi yang lebih teruk dari saya. nasib saya daging je. kesian member awak

      Delete
    2. saya tak boleh makan ketam.Masuk je dalam mulut, terkeluar semua isi perut.Tsak tahu kenapa.tapi sebab bau dia kot.terbau je..terus muntah2..

      Delete
    3. uishh tak buat check up ke? mana tau ada apa2. kalau seafood febret dayg tu hehehe

      Delete
  2. kesiannya dayg masa form 3 tuh, akk faham...sebab dulu masa dekat persediaan sebelum fly pon, kawan baik akk xleh makan daging jugak...sebab dia teringat peristiwa sembelih2 masa raya korban tuh...akk nasib baik tak pernah tengok org korban lembu ke ape...ahhahahaha ad kawan akk masa MRSm plak, mmg xleh makan dging, nnt kulit dia gatal2, ruam2 muka dia...kesian sangat...faham sangat perasaan xleh makan daging dengan duduk dekat asrama tuh...akk dulu kesian dekat kawan akk masa kt MRSM...tp akk xtau nk buat ape....hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. teruknya tu kak. nasib saya bukan alahan saya geli je masuk tekak terus mual dua tiga hari. tapi saya belom pernah jumpalagi org yang takleh makan daging ni. kawan saya pun slalu kesian kan kat saya tip kali mak cik dewan tu hidang daing terus on the spot diorng semua tngk saya, sya sengih je apa boleh buat hehehehe.

      Delete
  3. ada kwn takleh mkn daging jugak sebab alergik, mkn je sesak napas. sian dia teringin sgt nk rasa daging. daging panggang sedap ooo slurppp! :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. alergik smpai sesak nafas? bahayanya tu. sya pun teringin nak makan daging terutama daging panggang tak apa boleh buat hahah telan air liur je hehehe :)

      Delete
  4. Mcm adik yana jgak, pas tgok org smbelih lembu xnk mkn daging..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dayg pun kalau bab2 sembelih2 depan mata ni mmg surrender ah hehehe

      Delete
  5. utk husband nanti, dayang serve daging import jer, juga orang gelar daging kotak. Dah tak nampak rupe daging sebenar daa.. hehe =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah hehe kalau tak pun biar dia sembelih saya potong and masak je hehehe thans for advice

      Delete
  6. eh. sama dgn kawan aisyah. dia memang tak boleh makan daging langsung. satu family pulak tu. alahan. hehe ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. woww satu family pulak tu kesiannya kwn aisyah hehe :)

      Delete
  7. macam coincidence je kita ni.. Tasa boleh makan daging but tak minat sangat la daging kalau boleh elak tasa elak... kat asrama dulu memang tasa tak sentuh langsung la daging. Liat+keras+taksedap.. Ada sorang kawan Tasa jugak x boleh makan nasi langsung sejak kecik.. lagi kesian.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh yeke? dayg pun mmg elak la, ada aritu dayg termakan burger daging lembu sebb tak tau kan terus rasa mual2 sampai dua tiga hari jugak. dayg pun mmg tak sentuh daging kt asrama. yang tak boleh makan nasi tu memang kesian sjk kecik pulak tu.. hehehe

      Delete
  8. hai. aisyah tag awak tau

    http://thebungapink.blogspot.com/2014/12/postcards-giveaway-from-czech-germany.html

    ReplyDelete
  9. cikgu bio saya cakap daging takelok makan selalu sebab enzim dlm daging ada dlm bdn kita dannnn saya pun taktau apa yg saya ckp ni betul ke tak sebab macam pelik ja bunyinya. sila abaikan tq.

    jawablah kat orang tu, tu perut dia ni perut saya. dia suka daging pun apa kena mengena dengan saya hahahhaa.

    macam kuajaq kan bunyinya haha T.T

    ReplyDelete
  10. ya Allah, first time jumpa kisah yg sama!! :D masa tu kenduri kahwin makcik (at least 13 tahun lepas), ada sembelih kerbau rasanya. teruja sangat nak tengok, memang berdiri dekat sangat dgn pakcik penyembelih tu. ouchh, lebih kurang la macam dyg rasa. dah la malam majlis tu, diorang buat sup. kite suka sangat sup tapi bila dapat tahu itu sup daging yg korban tadi, tak lalu nak makan.

    benda ni berlarutan sampailah 3 tahun lepas. masa awal2 datang czech, housemates memang rajin masak. banyak jugak la masak daging. bila makan ramai2 satu rumah, memang rasa sedih sbb tak makan daging. kitorang ada giliran masak, memang rasa kesian kawan tu kena masak something else utk kite. end up kite try jugak makan. alhamdulillah, sekarang dah okay dahhhh.

    yeayyy!

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. bestnya akak dapat roommate pandai masak hehehe tapi at least akak dapat jugak makan daging. kite langsung takleh ah kak sebab asal masuk je dalam mulut tekak loya sangat2. tu yang sedih tu

      Delete
  11. Saya pun tak suka makan daging. Tak fobia tp mmg tak suka drpd kecik. hehe :D

    ReplyDelete
  12. wah. kalo budoxe nk muntah makan bende2 mcm sotong,kerang, dan sebagainya..
    geli kat mulut nk makan

    ReplyDelete

Kata-kata itu satu doa.